Turn around Bright Eyes

every now and then i fall apart

wasiat kemenangan

Wasiat kemenangan

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abu Talib berkata : " Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw. bersabda kepadaku,mengutarakan 13 wasiat khusus untukku :

1. Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa yang memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia akan mendapat laknat.

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar" Rabbighfirli fainahu layaghfirul-zunuba illah anta " ( Tuhanku, ampuni aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan engkau. ) Allah lalu berfirman : " Hai MalaikatKu, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkanKu. Hai malaikatKu, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia."

4. Hai Ali, takutlah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).Dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai siddiq. Ketahuilah engkau,bahawasanya siddiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaa n kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama ALLAH, samada dusta kecuali dalam keadaan darurat dan janganlah dijadikan Allah permainan sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yan atau benar, bersumpah dusta dengan namaNya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah swt mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau, maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi

13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan dia antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan dengan darjat yang tinggi bagi engkau. " Hai Ali, peliharalah pesananku (wasiat). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insyaallah.

Semoga kita akan dapat sedikit pengiktibaran daripada renungan di atas.jaga diri + iman + akhlak... hiasi peribadi.... wassalam