Turn around Bright Eyes

every now and then i fall apart

Kisah Rasulullah

Ni ade lah cerita2 Rasulullah SAW..... yang patut diikuti dan dijadikan teladan kepada kita sebagai umat Rasulullah SAW yg selalu lupa... dan lalai dalam mejalankan tanggungjawab kita sebagai manusia, khalifah di muka bumi milik Allah ini...

Kalau ada pakaian yg koyak,Rasulullah SAW akan menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing utk keperluan keluarga mahupun utk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yg sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan," Kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, baginda akan cepat2 berangkat ke masjid, dan cepat2 pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda sgt lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yg ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya," Belum ada sarapan ya Khumaira? " ( Khumaira adalah nama panggilan mesra Sayidatina 'Aisyah yang beerti 'Wahai yg kemerah-merahan'). 'Aisyah menjawab dgn serba-salah, "Belum ada apa2 wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu, aku berpuasa saja hari ni," tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sgt marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, " Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dgn agak gementar, " Isteriku sgt keras kepala. Sudah diberi nasihat, dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Rasulullah. "aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda," Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah-lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawaduknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukan baginda sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda dari satu rukun ke satu rukun yg lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan itu baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang. "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yg amat berat. Tuan sakitkah wahai Rasulullah?" " Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. perut baginda yg kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yg berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu2 kecil itulah yg menimbulkan bunyi2 halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dgn lembut," Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" " Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tiada yg kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yg kelaparan di akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yg penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dgn kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan rasa kehambaan baginda membasuh tempat yg dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dgn lembut perbuatan itu.

Kecintaan yang tinggi terhadap Allah SWT dan rasa kehambaan yg sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yg lain, ketika di depan ramai mahupun keseorangan.

Pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu2 sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda jatuh lantaran kakinya sudah bengkak2. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yg tinggi. Bila ditanya Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah-payah begini?" Jawab Rasulullah dgn lunak," Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yg bersyukur."

Rasulullah SAW bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..."

"ORANG YANG APABILA DISEBUT NAMA ALLAH, MAKA AKAN GEMENTARLAH HATI MEREKA, DAN APABILA DI SEBUT AYAT-AYAT ALLAH, MAKA AKAN BERTAMBAHLAH IMAN MEREKA"-ayatul Quran....