Balasan meninggalkan solat
Subject: FW: BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Kullu nafsin dzaaiqotul maut, semua yang hidup pasti akan mati. Semua beasal dari Allah dan akan kembali kepadaNYA. Bacalah.....??? Karena semua Insan di dunia ini akan mati, tidak ada yang kekal. Kecuali ALLAH
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT :
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W
sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang
pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis
maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa
kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,
ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun
kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi
ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada
bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para
sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat
itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh
ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak
mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan
oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang
meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya
tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan
daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka
berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya
sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang
telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
diantaranya :
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang
untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.