Turn around Bright Eyes

every now and then i fall apart

april 12 - kehadapan saudara ikmal

kehadapan saudara ikmal yang kini bertongkat setelah pulang dari perantauan,

saya ni takde la suka sangat dengan si ariana tu, tapi saya rasa tak baik awak buat kat dia sebegitu. dia memang ingat awak dah tiada. saya menjadi saksi, dia memang telah merana. awak patut tengok dia ada simpan gambar awak dalam satu kotak dia sembunyikan di dalam bilik dia. (btw, prop memang terbaek, stok gamba hantar URTV ruang kenal-kenalan. bravo!) tidak adil lah untuk awak menuduhnya macam-macam. apa yang dikatakan tu semuanya adalah benar, cuma nasi telah menjadi bubur sekarang. awak ni pun satu, kalau dah jumpa civilization selepas sesat tu, hantarlah apa-apa khabar berita... ini tidak, tiba-tiba muncul tepi tingkap. kesian jugak la kat ariana tu, mestilah dia tidak dapat untuk berbuat apa-apa (kecuali menangis). btw, kata nak cari harta supaya senang di kemudian hari, tapi pergi buat kerja volunteer di perantauan? kurang... faham... tapi takpelah. kalau ariana takde, saya kan ada. okla tu kan?

yang benar,

akma (siap pakai nama melayu weih)